Gluppp!! rasa macam gampang // nak muntah pun ada nie.. mampu ke tak nie aku sabar, macam tak mampu jek. sabar lah wahai diri sendiri, tunggu lah sikit masa lagi. Mesti ada jalan yang best kan. Aku kena bersangka baik sentiasa. Walau yang sebenarnya aku memang dan sangat tak tahan pada ketika dan waktu nie. Kenapa macam tu kan? aku tak de jawapan. tapi yang memang benar aku memang TAK TAHAN!! Sekian.
AKU TAK FAHAM
Tiba2 aku terarik nak balik ke sini. Dengan hati aku yang panas membara. Aku berharap supaya jiwa aku tenang // ntah macamana agaknya aku boleh terbaca sesuatu yang sangat aku rasa tak best! Tapi aku tak kisah la. Apa pun jalan nya aku dah tahu sekarang. Tak semua orang boleh sayang kita macam kita sayang diri sendiri. #akusakithati
p/s : semoga ko cepat kawen
Sekian
AMARAH MENGALIRKAN TUBA PADA TUBUH
Riak air di lopak lekuk
tiada berbayang elok
membunuh keluh
kulihat wajah keras itu putus-putus
menghela nafas panas segugus demi segugus
Sebentar tadi,
roh amarah mengalirkan tuba pada tubuh
meninggalkan pesan perkara sepuluh
Pertama,
tiup asap berbahang ke jiwa sang celaka
biar marak meresapi aspal dupa
Kedua,
ludah pada wajahnya dengan tembang kecewa
hingga dia bertukar rupa menjadi pemeras yang mencuka
Ketiga,
kerat lidah celupar sang petualang
nipis-nipis tanpa tulang
Keempat,
racik telinga bercuping-cuping
jadi halus berkeping-keping
Kelima,
kau tikam dada kekar yang mencakar-cakar
terpancut darah hitam biar berselerak di tepi belukar
Keenam,
penggal badan si pengkhianat
hancur jadi lumat berbalut kesumat
Ketujuh,
sampaikan pesan kepada tuan haloba si bangkai dangkal
silakan gali gembur tanah kubur
tempat dia berhibur dan berlibur
Kelapan,
aku bungkam dan diam
terjaga dari lena separuh malam
terpisat pisat menggosok pandangan
Kesembilan,
Subhanallah
tuba merasuk amarahku dalam mimpi kalut
berpeluh-peluh dosa malam
ditekan khianat gelombang dendam
Kesepuluh,
Maaf kerana terlalu membenci
hingga mengganggu nyenyak tidur
dengan nyanyian dengkur
menjelang subuh syukur
:: BILA HATI MULA TERUSIK ::
tiada berbayang elok
membunuh keluh
kulihat wajah keras itu putus-putus
menghela nafas panas segugus demi segugus
Sebentar tadi,
roh amarah mengalirkan tuba pada tubuh
meninggalkan pesan perkara sepuluh
Pertama,
tiup asap berbahang ke jiwa sang celaka
biar marak meresapi aspal dupa
Kedua,
ludah pada wajahnya dengan tembang kecewa
hingga dia bertukar rupa menjadi pemeras yang mencuka
Ketiga,
kerat lidah celupar sang petualang
nipis-nipis tanpa tulang
Keempat,
racik telinga bercuping-cuping
jadi halus berkeping-keping
Kelima,
kau tikam dada kekar yang mencakar-cakar
terpancut darah hitam biar berselerak di tepi belukar
Keenam,
penggal badan si pengkhianat
hancur jadi lumat berbalut kesumat
Ketujuh,
sampaikan pesan kepada tuan haloba si bangkai dangkal
silakan gali gembur tanah kubur
tempat dia berhibur dan berlibur
Kelapan,
aku bungkam dan diam
terjaga dari lena separuh malam
terpisat pisat menggosok pandangan
Kesembilan,
Subhanallah
tuba merasuk amarahku dalam mimpi kalut
berpeluh-peluh dosa malam
ditekan khianat gelombang dendam
Kesepuluh,
Maaf kerana terlalu membenci
hingga mengganggu nyenyak tidur
dengan nyanyian dengkur
menjelang subuh syukur
:: BILA HATI MULA TERUSIK ::