:: Hasbi ALLAH wani'mal wakil, Wani'mal maula, Wani'man nasir 'Cukuplah ALLAH bagiku, Sebaik-baik pelindung, Sebaik-baik penjaga, Sebaik-baik penolong' ::

Lumrah

Lumrah hidup manusia kalau dapat senang cepat betul lupa diri. Semua benda tak ingat, semua benda nak buat. Tapi bila susah.. lempar batu sembunyi tangan. Orang lain punya susah, orang lain yang dapat habuan. Adil ke macamtu, kalau nak cakap adil memang tak adil. Tapi tulah hakikat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Takkan ada orang tahu dan rasa peritnya. Nie lah orang cakap kan tak de beban batu di galas. Tapi sampai bila nak galas batu jek?.. Ntah la manusia nie, terkilan pun ada bila fikir. Semoga keadaan akan merubah setiap apa yang orang buat untuk kita. Berhenti dari susah kan hidup orang lain tu kadang2 perlu. Jadi beringat sebelum terkena. Manusia selalu lupa diri. SEKIAN.

Rasa apa?


Best kan bila rasa tak puas hati?.. Sekurang2 nya dapat juga merasa. Kadang2 kita tak tahu apa yang orang lain rasa. Jadi dah rasa kan.. maknanya KAU RASA APA YANG KU RASA, luv u lah!! Muazzzzz!!!

Lagu Aku Suka Dia – Ainan Tasneem



Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia

Mampukah Bertahan

Dugaan apa lagikah yang akan mejangkau tiba. Kadang2 jadi tak faham.. terlalu padat dan ketat dugaan yang mendatang. Tapi selalu orang cakap tuhan menguji umatnya, kerana sayang. Sebak dada bila di uji dan teruji. Mampukah bertahan?? Sekuat manakah kesabaran yang ada pada diri. Bila di tanya sekuat mana?.. Memang tak kuat. Kerana sangat goyang untuk menerima. Tapi redha dengan setiap ketentuan. Dan pasti ada hikmah nya. Sejauh mana boleh pergi, sejarak mana boleh berganjak? Tak pasti apa akan mendatang. Hanya Tuhan yang tahu. Tapi kalau dah terlalu banyak terguris, untuk apa bertahan?. Tiada makna untuk bertahan. Kenapa mesti tunggu.? Sebab memng tiada kesudahan. Pasti~

Puasa ke 4

Ya tuhan... hari nie mood aku asyik nak dengar lagu raya jek. Ada yang sentap perasaan, ada yang happy2 jek. Tapi lagu nielah yang menyentap betul kat hati aku. Tah kenapa  gaknya, bila aku dengar lagu nie sebak jek dada. Dah la gitu, mood raya mendadak2 datang. Jom lah dengar lagu nie sesama.. sukalah babe :))

Semoga Termakbul :'(

Ya Allah, ampunkan dosa2 ku, dosa2 ke-2 ibubapaku, dosa guru2 ku & dosa sahabat2 ku..Selamatkanlah kami drpd azab kubur & nerakaMU..Ya Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dlm mencari rahmat & redhaMu..Bantulah aku dlm membuat keputusan yg bakal merubah masa depanku..Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yg tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yg telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatinya tuk menerimaku & Kau jgnlah membolak-balikkan hatinya lagi..Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar & berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb..Namun, andai bukan dia yg sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu & relakan lah hatiku melepaskan dia pergi tuk perempuan lain yg lebih baik dariku..Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yg hina ini..Amiinn~

D2O Lovelight BB Powder SPF 15 PA++


Nie pulak D2O Lovelight BB Powder SPF 15 PA++  boleh ah korang try produk nie. Harga nya RM 18.90 tak lah mahal sangat kan. nie lah bungkusan baru produk DREAMGIRL dari 4u2 Cosmetics. Yuk try~ :))



:: Gagal Itu Celaka Kecil. Tetapi PutusAsa Adalah Malapetaka Yang Paling Besar. Jangan PutusAsa dengan Apa Yang Kita Perjuangkan, Insyallah Esok Lusa Pasti Cemerlang. Tapi Jika Hari Ini Mendung. Yakinlah Bahawa Esok Ada hari Yang Cerah ::

SANGAT suka

Selamat Malam!!   eeee aku tak boleh tido! tak tahu kenapa, rasa terbelolok jek bijik mata aku nie haa.. Bapak sedara aku pun sampai gelar aku burung hantu!. Sebab malam buta jek aku mesti tak tido.. nie haa aku nak cite sikit, tah kenapa gaknye aku pelik lah, memang aku suka betul sebut perkataan sangat.. pelbagai bunyi aku gayakan. Tak pasti la terikut atau saja ikut. kekekeke.. Tapi kekadang macam best pulak bila aku sebut.. aku memnag sangat suka.. Sampai mak aku pun pelik, mak aku cakap " apa benda alah tah yang di sebut sangat tu macam dalam no".. hahaha. Tulahkan, bila dah mula sebut tu ada pulak yang tak suka dengan perkataan tu. Tapi aku tak kesah pun. Cuma aku dengan sorang partner aku tahu kenapa aku sebut benda tu.. lama2 jadi cam habit aku.. habit ek, bukan habitat.. harharhar. Dan yang aku pelik kenapa aku tak boleh buang perkataan tu dari mulut aku semasa bertutur?..  Bila ingat2 balik macam kelako lak aku rasa. Betul lah orang cakap tak kenal maka tak cinta, bila dah sebut, memang susah sangat lah nak buang nya. @@!!..


Liquid Eyeliner Dreamgirl dari 4u2


D2L Uptown Girl Liquid Eye Liner

RM13.90


Kalau dah berbedak mesti tak tinggal eyeliner kan. Boleh lah cuba yang nie pulak. Cantik lah..  Sebab mata mesti kena letak jugak eyeliner, supaya mata kita nampak segar jek.. Tapi nak dapat payah sikit lah sebab kena cari Leeya k.. @@!!.. 

p/s : mencuba tu tak salahkan babe!! :))

Dreamgirl Colour Lipstik

Nie colour lipstik baru dari DREAMGIRL. Jomlah cuba, tak mahal pun RM14.90 jek. Mesti korang suka.. cantik tau. Tak rugi pun .. 

Range baru untuk Dreamgirl Cosmetics :))

Bunuh Rasa Sayang


Bila kita nak orang sayang kita, kita kena lah jaga tutur kata kita. Jadi apa yang kita cakap tu jangan la ingat benda tu takkan sampai pada orang yang pernah kita cakap kan. So kena lah hati2 kan. Sebab tutur kata tu akan bunuh perasan sayang lah jawab nya!.. thanks babe :))

Port Dickson bersama 4u2 Cosmetics


Aku kan memng suka tengok orang ber make-up. Macam seronok jek. tu yang buat aku mula nak belajar make-up. Kalau orang tak nak ajar pun aku tengok dan aku rasa aku boleh buat. Nie peserta masa kelas make-up kat PD bersama 4u2 Cosmetics hari tu. :)) Kalau ada yang nak buat kelas beritahu la yek.  

:: 4u2 Cosmetics Blusher ::



Jom la try u olls 


#Tips Kecantikan 


Menyapu pemerah pipi(blush) pastikan anda senyum ketika menyapu 'blush'.


Mengapa...?? 

Ini kerana senyum adalah yang terbaik mencari 'epal pipi' anda, ia lebih 'naturally blush'.
Sapukan membulat lebar di epal pipi anda dan bawakan kembali ke garisan rambut (hairline).

Gunakan berus besar berbulu lembut dan berbentuk bulat.'Tap' lebihan pemerah pipi sebelum menyapu ke pipi,sapukan rata jauh dari tulang pipi anda agar 'blush' nampak lebih natural.


Kenapa ek?!

Kenapa kan bila kita rasa sakit hati dan marah, semua benda yang kita simpan mesti keluar dari mulut kita. Kita seolah2 mengungkit!!.. Padahal kita tak mengungkit pun. Cuma nak beritahu atau lebih terang kita nak bg orang tu faham. Kadang2 orang tak ingat apa dia buat dan apa yang dia bagi pada kita. dia tak tahu kita sakit hati. Then kalau scan kita punya hati dan boleh nampak mcm mana rupa mesti buruk dan bernanah nanah.

Ni satu lagi, kalau kita sayang orang. Kita cuba untuk faham orang, tapi orang boleh pulak cakap yang kita tak faham.. lepas tu cari lain dan cakap orang tu lebih memahami dari kita. kalau korang lah apa yang krang rasa? Kenapa tak pergi jek kat orang yang lebih faham dari kita tu. hee...kalau nak cite kan, memang macam macam alasan kan. Tapi orang memng takkan mengaku apa yang dia buat. Dan takkan ada sesiapa manusia yang jujur sangat pun.

Meluah tu kadang2 perlu kan babe!! :))

Bila Kita :))

Bila kita sayang orang tu...
Kita tunggu dia lama pun tak pa...
Tapi, bila dia tunggu kita...
Dia marah-marah...
Hati kata ala, adatlah ada yang menunggu & ditunggu...
Bila kita sayang orang tu...
Kita tak tidur pun tak pa layan dia yang tengah bosan...
Tapi, bila kita bosan...
Ada dia layan kita???
Hati kata, tak pa dia ‘busy’ kot...
Bila kita sayang orang tu...
Kita ‘call’ nak cakap dengan dia...
Tapi, dia bagi ‘phone’ kat orang lain...
Bila jadi macam tu...
Hati kata tak pa...
Layan je, kawan dia, kawan kita gak..
Bila kita sayang orang tu...
Kita bercerita dengan dia...
Rasa, cerita dengan tunggul lagi baik...
Tapi, bila dia bercerita dengan kita...
Kita dengar, sepatah-sepatah kita ingat...
Hati kata tak pa, sayang katakan…
Bila kita sayang orang tu...
Kita sanggup bagi dia ‘rest’ bila dia letih...
Tapi bila kita letih, dia suruh kita gak layan dia yg tengah bosan...
Adil ke???
Hati kata, ala bukan selalu pun...
Bila kita sayang orang tu...
Kita jadi macam orang gila dengar dia sakit...
Tapi bila kita sakit...
Dia siap keluar dengan kawan-kawan dia meraikan
hari kesakitan kita...
Hati kata, ala tak pa...
Takkan dia nak berkepit dengan kita 24 jam...
Bila kita sayang orang tu...
Kita tak pernah pentingkan diri sendiri...
Tapi, dia hipokrit tahap gaban...
Hati kata tak pa, dia memang macam tu, kena lah terima...
Bila kita sayang org tu...
Kita sayang nak tinggalkan dia selamanya...
Tapi, dia tak tahu kita berdepan dengan maut...
Walaupun kita sakit, dia kata kat kita...
“Sakit biase je, jangan nak mengarut”...
Hati kata macam manalah dia bila kita tiada...
Mesti dia ‘happy’..

Bila kita sayang orang tu...
Kita tak sanggup tengok dia derita...
Tapi, dia tak pernah hargai diri kita...
Hati kata, tau tak betapa kita sayangkan dia???
Bila kita sayang orang tu...
Kita sanggup tinggalkan dia selama-lamanya untuk dia bahagia...
Tapi, adakah dia tahu pengorbanan kita???
Hati kata, tak pa janji dia bahagia...
Dan...
Bila kita dah tinggalkn dia selama-lamanya...
Dia datang ziarah pusara kita...
Dia kata,
Dia minta maaf sebab pernah marahkan kita...
Dia minta maaf sebab pernah buat kita tunggu dia...
Dia minta maaf sebab pernah paksa kita layan dia ‘time’ bosan...
Dia minta maaf sebab tak pernah hiraukan ‘call’ kita...
Dia minta maaf sebab tak pernah dengar luahan hati kita...
Dia minta maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita...
Dia minta maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita...
Dia minta maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri...
Dia minta maaf sebab tak pernah perasan penderitaan kita...

Bila kita sayang org tu...
Kita buat semuanya kan???
Tapi, dia tak pernah faham kan???
Dan…
Bila kita dah tinggalkan dia...
Dia datang pada kita...
dan kata ‘Sorry’…
‘Sorry’???
Selepas lukakan hati kita???
Bila kita sayang org tu...
Kita kata tak pa lah...
Aku dah tinggalkan dunia...
Moga dia bahagia tanpa kita...
Dan hati kita kata...
Tak pa lah apapun yang dia buat...
Kita tetap sayang dia



Bila bersama 4u2 Cosmetics :)



Hyee ~ aku dan 4u2 Cosmetics.  Korang mesti tak kenal lagi barang nie kan?. 4u2 Cosmetics nie baru lagi kat Malaysia. Korang boleh lah cuba. Kata orang belum cuba belum tahu kan. lebih baik  mencuba. hehehehe... Rupa2 nya kan memang seronok bila kita bermain dengan alat makeup. tak kiralah apa yang kita pegang. Dan apa yang kita nak cuba.. Gurl mesti kena bermain dengan alat2 makeup nie. nanti baru rasa lebih yakin dan berani. Jangan lah segan2 nak mencuba yek. :))

Kenal2 colour.. hehehe :)) 4u2 Cosmetics

Dulu-dulukan aku memng taku bila orang tanya tentang makeup. Tapi sekarang sape jek yang tanya mesti aku suka nak crite. dah macam hobi pulak. Dulu keluar rumah pun aku tak suka nak pakai makeup. Tapi sekarang aku kena ada benda tu semua. u olls jom la try barang2 nie, 4u2 cosmetics. Aku suke sekarang mencantikkan mata dan menconteng mata. apa kata korang try ek. :)) luv u olls..

hello,i'm a new blogger

hello guys! i'm new in blogspot. i decided to create a blog of mine a long tyme ago. and now saya da ada blog da heeee. yeaaahhhh!! and thanks a lot to Aimad for helping me.


hmmmm this is my 1st entry, and lepas ni akn da entry yg seterusnyaaa. just tungguuuuu :D